Kehidupan dan kerjaya Hisyam_Hamid

Beliau dilahirkan pada 20 Oktober 1985 di Hospital Kandang Kerbau, Singapura. Beliau berkahwin dengan Rosmawati Hanafi dan dikurniakan 2 cahaya mata.

Sebelum memulakan kerjaya lakonan, Hisyam terlebih dahulu memulakan kerjayanya sebagai ahli bomba di negara kelahirannya. Beliau berhijrah ke Malaysia bagi memulakan kerjaya lakonannya, yang mana beliau membintangi peranan kecil dalam siri drama Cut Amirah.

Hisyam meraih kejayaan kritis menerusi drama Slot Akasia TV3 Ariana Rose yang dibintangi oleh Fathia Latiff dan Keith Foo, yang diadaptasi dari novel karya Evelyn Rose, The Wedding Breaker. Hisyam memegang watak sebagai Harith, rakan niaga dan kepentingan cinta Ariana Rose.

Bermula 12 September 2016, beliau menjayakan watak anggota bomba bernama Rayqal dalam siri drama komedi romantik, Abang Bomba I Love You yang menggandingkan beliau bersama Amira Othman.[2]

Hisyam membintangi drama Dia Bidadariku arahan Aziz M. Osman terbitan Skop Productions, memegang watak sebagai Ammar. Drama ini turut menggandngkan beliau bersama Erra Fazira. Selepas Dia Bidadariku, Hisyam menyertai barisan pelakon drama kepolisan Gerak Khas termasuk Norman Hakim, Erra Fazira, Syamsul Yusof, Sheera Iskandar dan Raja Ilya. Beliau memegang watak sebagai Inspektor Aiman, pegawai polis baru yang diserapkan ke unit Gerak Khas.[3]

Beliau membuat penampilan pertamanya di layar lebar menerusi filem Kau Yang Satu arahan Osman Ali; memegang watak sebagai Zulkifli.[4] Hisyam menjadi pelakon utama bersama Hannah Delisha menerusi drama Alamatnya Cinta.[5]